Pelumba pasukan Petronas Sprinta Racing berusia 20 tahun itu menamatkan saingan Moto3 di tempat ke-11 dengan ketinggalan 7.753 saat (s) di belakang juara, Jorgen Martin daripada pasukan Del Conca Gresini Moto3.

Juara dari Sepanyol itu merakamkan catatan masa 38 minit 18.207s.

Tempat kedua disandang oleh pelumba Sepanyol daripada pasukan Estrella Galicia, Aron Canet (+0.023s), diikuti pelumba Itali Lorenzo Dall Porta (+6.746s) daripada pasukan Leopard Racing.

Rakan sepasukan Adam, Ayumu Sasaki dari Jepun menduduki tempat kelapan dengan ketinggalan 6.998s untuk mengumpul lapan mata.- BERNAMA