Anak muda yang mewakili pasukan Petronas Sprinta Racing itu mencatat masa 37 minit 48.261 saat (s) yang sekali gus melayakkannya mengutip sembilan mata berharga untuk di bawa pulang menjelang perlumbaan di tanah air sendiri, GP Malaysia, minggu depan.

Keputusan yang dicatat Adam itu memberi petanda positif untuknya meneruskan persembahan konsisten dalam perlumbaan di Malaysia nanti.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi yang bernaung di bawah pasukan Idemitsu Honda Team Asia melengkapkan perlumbaan bagi kelas Moto2 di kedudukan ke-16 dengan lakaran masa 39:38.777s.

Bagaimanapun, malang buat anak muda kelahiran Perak itu kerana dia hanya keciciran satu anak tangga daripada kedudukan yang membolehkannya meraih mata. - UTUSAN ONLINE