Anak muda yang bernaung di bawah pasukan Petronas Sprinta Racing itu mencatat masa sepusingan dua minit, 13.089 saat (s) untuk memulakan perlumbaan esok dari barisan keenam.

Penunggang Sepanyol, Jorge Martin menempah petak pertama setelah mencatat masa sepusingan terpantas 2:11.731s, manakala Marco Bezzecchi dari Itali di tempat kedua (2:11.763s) dan seorang lagi pelumba Itali, Tony Arbolino di kedudukan ketiga (2:12.065s).

Adam berkata, dia tidak pernah berasa kecewa seperti yang dialaminya hari ini, dan berharap dapat menebus kehampaan tersebut dalam persaingan sebenar esok.

“Semasa kelayakan ter­utama pada pusingan terakhir, saya ada masalah sedikit de­ngan beberapa pelumba, saya amat kecewa. Tidak pernah saya kecewa seperti ini,” katanya kepada pemberita tanpa memberi penjelasan lanjut terhadap kenyataannya itu.

Dalam kelas Moto2 pula, Khairul Idham Pawi bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-25 selepas menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa dua minit, 7.683 saat (s).

Anak jati Johor itu kini me­ngumpul 46 mata dan berada di kedudukan ke-20 dalam senarai keseluruhan pelumba Moto3.

Alex Marquez iaitu adik kepada juara dunia MotoGP, Marc Marquez melakar sejarah apabila memecahkan rekod sepusingan SIC bagi Moto2 apabila mencatat masa terpantas 2:5.629s, mengatasi rekod lama 2:6.383s yang dilakukan oleh Thomas Luthi dari Switzerland pada 2015.