Penunggang Yamaha yang terkenal dengan jolokan ‘The Doctor’ itu mencatat rekod baharu di Litar Mugello dengan kepantasan satu minit, 46.208 saat, sekali gus mengetepikan dua pencabar utama dari Sepanyol, Jorge Lorenzo (Ducati) dan rakan sepasukannya, Maverick Vinales.

Ini adalah petak depan pertama diraih juara dunia tujuh kali berusia 39 tahun itu sejak melakukannya buat kali terakhir dalam Grand Prix Jepun pada Oktober, 2016.

“Saya sangat gembira, ia mengejutkan.

“Dalam sesi latihan bebas terakhir, kami mencuba tayar keras tetapi saya dalam masalah. Menggunakan tayar pertengahan jelas lebih baik.

“Keadaan motosikal juga sangat bagus dan apabila saya melihat catatan 1:46.2s..saya terfikir ‘Betulkah ini...’. Saya sangat beremosi.

“Esok persaingan lebih getir tetapi buat masa ini saya mahu menikmati detik sekarang,” kata Rossi yang menerusi sokongan padu ribuan penyokong tuan rumah di litar yang pernah menyaksikan dia mendominasi gelaran MotoGP tujuh tahun berturut-turut dari 2002 hingga 2008. - AFP