Menunggang jentera Yamaha, Vinales, 22, bersaing hebat dengan pelumba Ducati, Andrea Dovizioso dalam sembilan pusingan terakhir untuk mengungguli saingan walaupun bermula dengan agak perlahan dari petak paling depan.

Dalam saingan di bawah limpahan lampu perlumbaan malam yang dipendekkan kepada 20 pusingan sahaja akibat litar basah, Vinales yang dari sesi ujian pra-musim sudah menunjukkan kehebatannya menewaskan 10 bekas juara dunia termasuk Valentino Rossi (Yamaha) yang sekadar di tempat ketiga dan juara bertahan, Marc Marquez (Honda) di tempat keempat. - AFP