Badan induk sukan permotoran empat roda, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dalam satu kenyataan berkata, Whiting, 66, yang sudah berkhidmat sejak 1997 mengalami masalah embolisme paru-paru.

“Ia adalah satu kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian Charlie,” kata presiden FIA, Jean Todt dalam kenyataan itu. - AFP