Insiden tersebut dilihat seperti disengajakan namun badan induk Formula Satu, FIA, berkata Vettel merempuh Ferrari di belakang Mercedes Hamilton pada pusingan ke-19 dalam perlumbaan di Baku, bulan lalu.

Keputusan itu dibuat oleh FIA selepas bermesyuarat dengan Vettel dan prinsipal pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene di ibu pejabatnya di Paris, awal pagi tadi.

Vettel yang mengaku bertanggungjawab di atas insiden berkenaan hanya memohon maaf selepas FIA memutuskan tiada hukuman lanjutan akan dikenakan ke atas pelumba dari Jerman itu.

Presiden FIA, Jean Todt berkata, sukan melibatkan perlumbaan di peringkat tertinggi itu mampu menimbulkan ketegangan apabila melibatkan insiden sedemikian namun penganjur dan pelumba harus tenang menghadapinya.

“Sukan peringkat tinggi adalah satu situasi yang boleh menjadi tegang dan mampu mencetus kemarahan.

“Bagaimanapun menjadi tugas ahli sukan untuk menanganinya dengan tenang,” kata Todt. - AFP