Pemandu Jerman itu melakar kemenangan ke-45 dalam kariernya dengan mencatat masa 9.9 saat lebih pantas daripada naib juara, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes, manakala rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas menduduki tempat ketiga dalam aksi di Litar Albert Park.

Ini adalah kemenangan keempat Vettel bersama Ferrari yang pertama sejak Grand Prix Singapura pada September 2015.

“Bagi kami, ini adalah kejutan yang positif.

“Perbezaan ketara yang ditunjukkan kali ini, kami menyediakan kereta yang sangat bagus. Saya fikir, kereta baharu Ferrari secara keseluruhan amat menakjubkan dan itu pasti melegakan pasukan,” ujar Vettel. - REUTERS