Pemandu Ferrari, Vettel terlepas peluang untuk merangkul gelaran dunia buat kali kelima, musim ini.

Pelumba Jerman itu, yang mendominasi F1 sewaktu bersama Red Bull, melengkapkan aksinya musim ini di kedudukan kedua di belakang Lewis Hamilton.

Spekulasi tentang masa depan kedua-dua pemandu berprofil tinggi itu kerap diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Hamilton, 32, hanya tinggal baki setahun kontrak bersama Mercedes dan mengakui, dia sudah mula memikirkan tentang kehidupannya selepas tidak lagi terbabit dalam sukan tersebut.

Namun, Vettel, 30, meyakinkan peminat-peminat Ferrari bahawa dia masih belum puas berlumba dalam F1.

“Tiada jawapan yang konkrit buat masa ini. Saya hanya akan meninggalkan F1 apabila saya mula berasa tidak seronok untuk berlumba lagi.

“Ini kerana ramai pemandu yang masih seronok dan mencari peluang beraksi dalam perlumbaan ini,” kata Vettel kepada akhbar Sepanyol, AS. - AGENSI