Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Vettel bakal guna enjin dinaik taraf bantu Ferrari

Sebast ian Vette l
Sebastian Vettel

SILVERSTONE, United Kingdom 14 Julai - Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Sebastian Vettel mendapat suntikan semangat luar biasa bagi memenangi Grand Prix (GP) British hujung minggu ini kera­na bakal menggunakan enjin yang sudah tiga kali dinaik taraf Ferrari tahun ini.

Juara dunia empat kali itu yang mendahului pemandu tuan rumah, Lewis Hamilton daripada Mercedes dengan 20 mata mahu meraih kemenangan pertama buat Ferrari di litar pantas Silverstone sejak 2011.

“Kami sudah menukar enjin baharu dan saya tidak rasa ia akan menjadi perbezaan besar dalam masa sama kami juga mempunyai sedikit peranca-ngan.

“Kami merancang untuk memiliki enjin baharu di sini, jadi kami mengikut peranca-ngan,” kata Vettel.

Vettel yang hanya pernah sekali menang di Silverstone pada 2009 buat Red Bull, turut mengambil peluang membersihkan imejnya di hadapan peminat British selepas Hamilton tidak hadir pada promosi F1 Live dekat tengah London, Rabu lalu.

Sebelum ini Vettel tercemer berikutan kontroversi ‘pembuli jalanan’ terhadap jentera Mercedes pemandu Britain itu bulan lalu di GP Azerbaijan namun sewaktu promosi F1 Live itu, Vettel tampil dengan memuji penyokong perlumbaan British.

“Saya tidak tahu kenapa dia (Hamilton) tidak berada di sini tambahan pula Silverstone ialah litar yang hebat dan saya sudah ke sini untuk beberapa tahun yang hebat.

“Saya perlu katakan penonton sangat bagus malah saya ingat pada 2009 ketika berlumba dengan Jenson (Button), untuk gelaran dan saya datang ke Silverstone.

“Saya akui dia (Button) memiliki penyokong tuan rumah yang besar tetapi saya menang perlumbaan dan saya mendapat banyak sokongan dan penyokong perlu menghormati bahawa kami melalui perlumbaan yang bagus pada ketika itu,” kata Vettel. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain