SEBASTIAN VETTEL meraikan kejayannya memenangi Grand Prix Australia di Melbourne semalam. – REUTERS
SEBASTIAN VETTEL meraikan kejayannya memenangi Grand Prix Australia di Melbourne semalam. – REUTERS

Juara dunia empat kali Vettel berjaya memintas Hamilton yang bermula di petak hadapan selepas pasukan Mercedes silap membuat kiraan ketika di hentian pit.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen pula berjaya memenangi perebutan tempat ketiga dengan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo sekali gus memboleh­kan dua pelumba Ferarri berada di podium Grand Prix Australia.

“Secara jelasnya kami amat bertuah pada hari ini.

“Lewis telah melakukan aksi yang amat hebat semalam dan dia berhak untuk berada di petak hadapan, malah dia juga bermula dengan baik.

“Kami sedikit bertuah pada hari ini, dalam masa sama keadaan jentera kami juga berada dalam keadaan bagus dan kemenangan ini memberikan kami motivasi,” kata Vettel.

Ini adalah kemenangan ke-48 pelumba Jerman itu dalam 200 Grand Prix yang disertainya.

Apabila perlumbaan tamat, Hamilton keluar daripada jenteranya dengan wajah yang kebingu­ngan selepas perlumbaan itu dimenangi oleh Vettel.

“Hari ini mereka telah melaksanakan tugas dengan baik dan selepas ini kami harus mengkaji semula hasil kerja hari ini.

“Kami masih boleh berbangga dengan keputusan hari ini dan terlalu sukar untuk memintas pelumba lain dalam perlumbaan di sini,” katanya. – AFP