Lebih manis kejayaan pemandu dari Belanda itu diraih selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-20, semalam.

Kejayaan itu sekali gus menyekat hajat pemandu Marcedes AMG Petronas, Lewis Hamilton untuk merangkul kejuaraan keduanya di negara ini sejak kali terakhir memenangi pada tahun 2014 apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Meskipun gagal memenangi perlumbaan tersebut namun Hamilton tetap menjadi pendahulu kejuaraan pemandu dunia dengan kutipan mata 281 diikuti, pemandu Ferrari, Sebastian Vettel kedua (247) manakala Valtteri Bottas daripada Marcedes AMG Petronas ketiga (222) dengan berbaki lima perlumbaan lagi musim ini. - UTUSAN ONLINE