Tiga anak muda Malaysia yang mewakili pasukan Jackie Chan DC Racing X Jota itu mengungguli perlumbaan bagi kategori LMP2, meninggalkan satu lagi trio dari pasukan yang sama iaitu Ho Pin Tung, Gabriel Aubry dan Stephane Richelmi di tempat kedua.

Kedudukan ketiga menjadi milik pasukan Signatech Alpine Matmut dari Perancis yang diwakili tiga pelumba, Nicolas Lapierre, Andre Negrao dan Pierre Thiriet. - UTUSAN ONLINE