Kata Syed, beliau menyerahkannya kepada PJS selain percaya badan perundangan sukan negara itu mampu mengendalikan isu berkenaan dengan baik terutama apabila melibatkan hal-hal berkaitan undang-undang.

“Dalam isu ini adalah lebih baik saya serahkan kepada PJS kerana badan tersebut lebih memahami undang-undang.

“Segala tindakan juga harus mengikut undang-undang yang ada dan kita juga akan maklumkan kepada pihak persatuan induk antarabangsa berkaitan isu ini dalam memastikan kita dapat terus maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melawat keadaan turf baharu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pada minggu lalu PJS mengesahkan AAM sudah dibatalkan status sebagai badan sukan sekali gus tiada lagi kuasa untuk mengiktiraf, menganjur atau terbabit dengan apa saja aktiviti sukan permotoran dalam mahupun di luar negara. - UTUSAN ONLINE