Pelumba pasukan Mercedes itu tiba di KLCC sekitar pukul 12.45 petang dan menerima sambutan luar biasa daripada para peminat yang hadir sejak pukul 10 pagi tadi. Sorakan ‘Lewis, Lewis, Lewis’ bergema di perkarangan lobi Dewan Filharmonik Petronas bagi menyambut ketibaan pelumba Britain itu.

Pelumba berusia 32 tahun itu sempat meluangkan masa berswafoto bersama para peminatnya yang hadir di KLCC hari ini.

“Saya sama sekali tidak menjangkakan sambutan meriah seperti ini...terima kasih semua,” katanya. - UTUSAN ONLINE