Bekas pemandu Ferrari itu kelmarin berkata pada laman webnya, bahawa kejuaraan itu terdedah dengan banyak 'tanda tanya' sebelum perlumbaan sulung 29 Mac ini di Australia.

"Namun ini yang menjadikan keseluruhannya amat menarik, bukan? Saya meragui hal yang sama berlaku pada peraturan baru memandangkan masa yang begitu lewat diberikan sebelum musim - sesuatu yang benar-benar menghairankan bagi saya," tulis Schumacher.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Selasa lalu memutuskan bahawa kejuaraan akan diberikan kepada pemandu dengan kemenangan terbanyak daripada kutipan mata yang terbanyak.

"Saya tidak dapat menggambarkan perubahan itu akan membantu F1, terutamanya berhubung sistem baru dalam mencari juara," kata Schumacher.

"Saya tidak dapat melihat di mana kewajarannya untuk mempunyai seorang juara dunia yang mempunyai mata yang kurang daripada pemandu di tempat kedua.

"Apa pun saya turut berpendapat ia satu langkah yang baik untuk mencuba dan menjadikan kemenangan yang lebih banyak, diambil kira," katanya.

Bekas rakan sepasukan Schumacher, Felipe Massa akan memenangi gelaran tahun lalu dan bukannya pelumba McLaren, Lewis Hamilton jika peraturan baru itu dimabil kira untuk perlumbaan musim lalu. - AP