Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SIC janji F1 terakhir dianjur gemilang

KUALA LUMPUR 14 April – Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini menjanjikan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia akan dianjurkan secara gilang-gemilang dalam perlumbaan kali terakhir pada 29 September hingga 1 Oktober ini sebelum sukan pemotoran termahal di dunia itu melabuhkan tirai setelah selama 18 tahun bertapak di negara ini.

Azman Yahya
Azman Yahya

Memilih tema, Finale, SIC telah menawarkan harga tiket istimewa buat peminat di Malaysia bagi membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat menjadi sebahagian daripada sejarah menyaksikan perlumbaan F1 di bumi bertuah ini.

Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya (gambar) berkata, beliau mahu melihat perlumbaan antarabangsa yang berprestij itu dapat dilangsungkan dengan penuh kemeriahan dan bukannya rasa sedih yang mengiringi Grand Prix Malaysia terakhir itu.

“SIC bersama-sama Pertronas telah menyusun perancangan menjadikan tahun ini sebagai aksi yang menerujakan dan bersejarah untuk semua. Kami mahu memastikan peminat dapat hadir menonton perlumbaan secara langsung yang mana Grand Prix Malaysia ini akan terus kekal di dalam ingatan sebagai perlumbaan terakhir di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Grand Prix F1 Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Petronas, Zahariah Abd. Rahman.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain