Dalam acara itu, pelakon, Dania Danielle turut menunjukkan taringnya apabila berjaya menduduki tempat ketiga menewaskan beberapa selebriti lain seperti Fattah Amin dan Janna Nick.

Perlumbaan memakan masa selama 20 minit dengan 11 pusingan dan untuk tujuh pusingan terawal, Shukri selesa mendahului pelumba lain.

Namun begitu pada empat pusingan terakhir, Shawn licik 'mencuri' peluang dengan memintas Shukri di selekoh ketika sedang membelok.

Perlumbaan seterusnya dijadualkan akan bermula sekitar pukul 5 petang di lokasi yang sama. - UTUSAN ONLINE