Ini ekoran, juara F1 tujuh kali itu terpaksa dimasukkan ke hospital kelmarin selepas terlibat dengan satu kemalangan motosikal ketika menguji sebuah litar lumba di kota Sepanyol, Cartagena.

Namun, penguasaan dan pengalaman yang ada pada pelumba itu tidak menyebabkan dia cedera teruk dan hanya mengalami bengkak serta luka kecil.

"Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang kecederaan saya, tapi saya okey. Saya tidak tahu secara mendalam mengenai kecederaan ini tapi semua pemeriksaan menunjukkan saya tidak mempunyai masalah," menurut Schumacher pada laman webnya semalam.

Dia sudah dikeluarkan dari hospital dan kembali ke rumahnya di Lake Geneva bersama-sama keluarga.

Laporan palsu di media Sepanyol Rabu lalu yang memetik sumber di litar mengatakan pelumba berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan pelbagai dan dibiarkan tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu.

Namun jurucakap Schumacher, Sabine Kehm memberitahu agensi sukan Jerman, SID, Schumacher hanya jatuh dan tidak sedarkan diri seketika ekoran kepala pelumba itu terhantuk di litar.

Schumacher sering menyertai perlumbaan motosikal sejak bersara daripada arena F1 penghujung musim 2006 dan pernah menyertai Kejuaraan Motosikal Jerman (IDM).

Ini merupakan kali pertama dia cedera sejak menyertai perlumbaan motosikal. - AFP