Ricciardo, yang menyempurnakan 165 pusingan mencatat masa terpantas 1 minit 18.47 saat (s), yang sekali gus mengatasi rekod dipegang Felipe Massa sewaktu bersama Ferrari 10 tahun lalu.

“Semuanya berjalan lancar hari ini. Saya berjaya melakukannya. Hari ini kami cukup optimis dan saya sebenarnya tidak berasakan bahawa kami telahpun bersedia, tetapi kami berjaya mengharunginya. Saya boleh tidur lena malam ini.

“Saya cuba untuk melakukan catatan 17s, tetapi lebih elok kami berbuat demikian sewaktu berlumba,” kata Ricciardo yang dijadualkan melakukan sesi ujian pada Selasa, tetapi terpaksa menarik diri kerana tidak sihat.

Juara dunia empat kali, Lewis Hamilton muncul pemandu kedua terpantas menerusi catatan masa 1:18.400s dengan jentera Mercedes, sementara rakan sepasukan, Valtteri Bottas hanya berada di belakangnya setelah mencipta masa sepusingan 1:18.560s.

Sementara Red Bull dan Mercedes mendominasi carta ujian masa, bekas pasukan juara dunia, McLaren sekali lagi terpaksa mengharungi hari yang menyedih­kan.

Pemandu Sepanyol, Fernando Alonso sempat melengkapkan 47 pusingan sebelum berlaku kebocoran tangki minyak sehingga memaksa McLaren kembali ke pit di mana mekanik terpaksa be­kerja selama enam jam bagi menukar enjin Renault. Alonso sempat kembali ke trek sebelum sesi ujian berakhir. – AFP