Bekas pelumba Red Bull itu akan bermula di petak ke-12 selepas mencatat masa satu minit 22.570 saat ketika aksi kelayakan, hari ini.

“Kebiasaannya jika saya tidak layak dengan baik, pasti ada mata yang berharga boleh dibawa selepas tamat perlumbaan.

“Saya juga tidak beranggapan bermula di petak ke-12 memberi gambaran keputusan bakal diraih tetapi saya percaya seorang pelumba yang hebat mampu meraih kecemerlangan,” kata Ricciardo. - AGENSI