Pemandu Finland itu mencatatkan masa satu minit, 31.880 saat, hanya 0.162 saat di hadapan rakan sepasukan Sebastian Vettel daripada Jerman di tempat kedua dengan catatan masa 1:32.091s.

Pemandu Red Bull Racing Daniel Ricciardo daripada Australia di tempat ketiga dengan masa 1:32.091s.

Sementara pasukan Mercedes AMG Petronas sekali lagi ketinggalan dengan Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton sekadar di tempat keempat dan kelima, masing-masing dengan catatan masa 1:32.329s dan 1:32.539s.

Pusingan kelayakan Grand Prix Malaysia 2017 bermula 5 petang. - BERNAMA