Untuk rekod, itu merupakan catatan ke-72 petak utama dalam karier pemandu berusia 32 tahun itu selepas mengenepikan cabaran pencabar terdekat Sebastian Vettel dari Ferrari dan rakan sepasukan, Valtteri Bottas di petak kedua serta ketiga.

Hamilton bakal diumumkan sebagai juara keseluruhan F1 musim ini jika beliau mengungguli GP AS sementara Vettle gagal menamatkan saingan di kedudukan lima terbaik dalam perlumbaan yang bakal berlangsung awal pagi esok.

Pemandu berasal dari United Kingdom (UK) itu berkata, dia hanya akan meraih kejuaraan di litar tersebut jika Vettel melakukan kesilapan mudah.

“Saya rasa mungkin bukan di sini (meraih kejuaraan). Vettel melakukan tugas dengan begitu baik untuk membawa pasukannya, Ferrari kembali bersaing.

“Saya akan lakukan sehabis baik untuk memastikan mata maksimum di sini. Vettel juga mengekori (pengutan mata) rapat kecuali dia lakukan kesilapan bodoh. Jika tidak, saingan ini akan dibawa ke perlumbaan seterusnya,” kata Hamilton. - AFP