Pelumba pasukan Mercedes itu mengetepikan pencabarnya dengan melakar catatan masa satu minit 21.164 saat (s) untuk meraih petak utama ke-73 sepanjang karier dan ketujuh di litar tersebut.

Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga manakala wakil Red Bull, Max Verstappen keempat.

Hamilton memanfaatkan pusingan terakhir dengan mengatasi catatan masa Raikkonen 0.664s untuk memperolehi petak utama.

Kepantasannya itu menjadi petunjuk betapa dia menjadi pelumba yang perlu ditewaskan selain mengubati kehampaan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang mengalami insiden buruk di awal sesi kelayakan.

“Saya amat gembira dengan pusingan itu. Ia adalah pusingan yang menarik dan sentiasa mencari kesempurnaan dan ia begitu hampir dengannya. Tetapi apa yang mengejutkan dua pelumba Ferrari juga tidak kurang pantasnya,”kata Hamilton. -AFP

KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN GP AUSTRALIA

1 Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 1:21.164

2 Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 1:21.828

3 Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 1:21.838

4 Max Verstappen (NED/Red Bull) 1:21.879

5 Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) 1:22.152

6 Kevin Magnussen (DEN/Haas) 1:23.187

7 Romain Grosjean (FRA/Haas) 1:23.339

8 Nico Hulkenberg (GER/Renault) 1:23.532

9 Carlos Sainz Jr (ESP/Renault) 1:23.577

10 Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) 0.000

11 Fernando Alonso (ESP/McLaren)

12 Stoffel Vandoorne (BEL/McLaren)

13 Sergio Perez (MEX/Force India)

14 Lance Stroll (CAN/Williams)

15 Esteban Ocon (FRA/Force India)