Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Urusan Opreasi Komersial F1, Sean Bratches berkata, walaupun rundingan dengan pihak berkuasa Miami berjalan dengan lancar, tetapi perbincangan berkenaan agak rumit.

“Walapun kami memilih untuk menganjurkan perlumbaan di Miami pada 2019, tetapi masa yang sesuai tidak dapat ditetapkan bagi membolehkan peminat, pemandu dan pasukan mengharungi pengalaman beraksi di Miami.

“Rundingan yang dijalankan telah sampai sehingga ke tahap sejauh mana perlumbaan di Miami pada 2019 dapat dilaksanakan.

“Bagaimanapun, kami masih melihat perancangan ini untuk satu tempoh jangka panjang dan keputusan daripada rundingan yang dijalankan dengan pihak berkuasa Miami lebih elok ditangguh buat sementara waktu, dengan sasaran Grand Prix F1 Miami dapat diadakan pada 2020,” kata Bratches.

Walaupun F1 merupakan perlumbaan yang popular di peringkat global, sukan tersebut perlu bersaing dengan pertandingan lumba kereta tempatan iaitu IndyCar dan Nascar yang memiliki pengikut yang cukup ramai.

Tahun ini, Grand Prix Amerika Syarikat diadakan di Austin pada 21 Oktober. - AFP