Tempat kedua dimenangi rakan sepasukannya Lewis Hamilton, manakala pelumba Red Bull Max Verstappen ketiga.

“Bagaimana dengan itu? Ya!

“Saya tidak tahu apa bagaimana ia boleh berlaku, saya tidak tahu mahu bercakap macam mana. Saya rasa ini adalah perlumbaan terbaik saya setakat ini.

“Saya rasa sungguh hebat dan jentera saya dalam keadaan mengagumkan,” ujarnya yang turut meraih mata bonus selepas mencatatkan sepusingan terpantas.

Juara dunia empat kali, Vettel menduduki tempat keempat, selepas ketinggalan 57.1 saat di belakang Bottas.- AFP