Pemandu Belanda itu terbabit dalam pelanggaran dengan juara bertahan, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel pada Grand Prix China di mana dia menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima, sementara rakan sepasukannya dalam Red Bull, Daniel Ricciardo memenangi saingan itu.

“Ayah saya paling lantang mengkritik semua orang di dunia ini, jadi jika saya boleh berdepan dengannya, maka saya boleh berbuat perkara sama dengan orang lain.

“Anda tidak sempurna, tiada sesiapapun yang sempurna, anda boleh sentiasa memperbaiki diri. Saya sangat gembira untuk mendengar nasihat dan juga memperbaiki kekurangan diri sendiri,” kata Verstappen mengenai bapanya, Jos yang merupakan bekas pemandu F1.

Verstappen gagal dalam usahanya untuk memintas Hamilton, sehingga menyebabkan dia terbabas di trek Shanghai, dan selepas itu, berlangggar dengan Vettel.

“Sudah tentu, saya tidak ke sana untuk menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan kereta yang saya miliki pada ketika itu, tetapi mungkin saya terlalu mahukan kemenangan. Mungkin itu juga telah mendatangkan masalah kepada saya,” ujarnya.

Tambah Verstappen, dia berasakan mempunyai peluang yang terbuka untuk memintas Hamilton, tetapi berpendapat pemandu Mercedes itu juga akan melakukan perkara yang sama jika berada di tempatnya. - AFP