F1
 

Logo tersebut ditonjolkan kepada umum sejurus tamat perlumbaan Abu Dhabi Grand Prix, pagi tadi.

Menurut pemilik perlumbaan itu, Liberty Media, logo baharu ini secara langsung mencerminkan transformasi yang sedang dilalui oleh acara lumba kereta itu.

"Saya berpendapat (perubahan) ini akan diterima dengan positif pada masa akan datang," kata Pengarah Pemasaran F1, Ellie Norman, yang menambah, reka bentuk logo ini turut mengambil kira maklum balas dari peminat. - REUTERS