Reka bentuk logo yang menelan kos tinggi daripada Li­berty Media itu diperkenalkan selepas tamat perlumbaan penutup musim 2017, Grand Prix (GP) Abu Dhabi, semalam.

Ia akan menggantikan logo lama yang diperkenalkan bekas Supermo F1, Bernie Ecclestone, 23 tahun lalu.

Sebaik sahaja logo itu diper­kenalkan kepada umum di atas podium di Litar Yas Marina, Hamilton mempersoalkan ke­perluan untuk menukar logo.

“Logo yang lama sudah menjadi ikonik dan yang baharu pula tidak.

“Cuba bayangkan jika Ferrari menukar logo mereka,” kata Hamilton, 32, selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dalam Mercedes, Valtteri Bottas.

Vettel, yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga turut mempersoalkan keputusan penjenamaan semula itu.

“Saya lebih suka yang lama,” ujar pemandu Jerman itu ringkas. – AGENSI