"Kami telah menerima komitmen daripadanya (Kubica) hari ini (kelmarin)," kata jurucakap ACM, Patrick Mannoury kepada AFP menjelang perlumbaan yang dijadualkan pada 19 hingga 23 Januari ini.

Pelumba Poland itu sebelum ini telah menyertai dua perlumbaan rali bersama Renault sejak dia meninggalkan pasukan Formula Satu BMW, hujung musim lalu.

Bagaimanapun, pusingan pembukaan Cabaran Rali Antara Benua yang akan berlangsung tahun ini mungkin akan menjadi bukti cabaran terbesar buat pelumba Poland tersebut dalam sukan lasak itu.

Kubica yang menamatkan persaingan Formula Satu musim lalu di tangga ke-14 menduduki tempat ke-29 di Kejohanan Rallye du Var, November lalu.

Kejohanan tersebut merupakan pusingan terakhir di Kejuaraan Perancis dan ia mempunyai cabaran sama seperti di Monte.

Meskipun begitu, Kubica pernah mengalami pelanggaran bersama Clio ketika Kejohanan Rali Taormina-Messina di Sicily, awal tahun lalu.

Bukan Kubica sahaja pelumba Formula Satu yang beraksi di kejohanan rali musim ini.

Bekas juara dunia dari Finland, Kimi Raikkonen turut mengambil bahagian dalam sukan lasak tersebut bersama Citroen. - AFP