Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Khairul, Jazeman menang anugerah pelumba terbaik

PELUMBA motosikal, Khairul Idham Paswi (kiri), merangkul Anugerah
PELUMBA motosikal, Khairul Idham Paswi (kiri), merangkul Anugerah Pelumba Motosikal Terbaik, manakala Jazeman Jaafar (kanan) meraih Anugerah Pelumba Kereta Tebaik dalam Anugerah Sukan Pemotoran Malaysia SIC-MAM 2016 bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur hari ini.- UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Dua pelumba permotoran negara, Khairul Idham Pawi dan Jazeman Jaafar masing-masing dinobatkan sebagai Pelumba Motosikal dan Kereta Terbaik 2016 dalam majlis Anugerah Sukan Pemotoran Malaysia SIC-MAM, malam tadi.

Khairul Idham yang ter­kenal dengan jolokan SuperKIP menjulang anugerah itu apabila melakar sejarah dengan muncul pelumba pertama negara menaiki memenangi perlumbaan Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman dalam Kejuaraan Motosikal Dunia musim lalu.

Menerusi kejayaan tersebut, anak kelahiran Kampung Gajah, Perak berusia 19 tahun itu telah diberi kepercayaan pasukan Idemitsu Honda untuk meletakkannya bersaing dalam kategori Moto2 pada musim 2017.

Sementara itu, pelumba berbakat negara, Jazeman merangkul anugerah tersebut selepas melakukan pemanduan cemerlang dengan menjuarai saingan Blackpain GT di Litar Silverstone, tahun lepas.

Pada majlis yang dianjurkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM) itu turut menyaksikan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah memenangi Anugerah Pelumba Malaysia Pilihan Peminat.

Dalam masa sama, Anugerah Kejuaraan Kebangsaan dimenangi oleh Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, manakala Anugerah Pasukan Terbaik dua roda dan empat roda, masing-masing dirangkul Project X Racing serta Sakura Tedco Racing.

Pada majlis tersebut, hasil karya media cetak turut diiktiraf dengan jurufoto Kumpulan Utusan, Abdul Razak Latif meraih Anugerah Jurugambar Terbaik, manakala Wartawan Terbaik diperoleh Harian Metro.

Bagi senarai Dewan Kemashuran, selain Khairul Idham, tokoh dan pelumba yang terpilih terdiri daripada Datuk Abdul Razak Dawood, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Allahyarham Tan Sri Basir Ismail, Karamjit Singh, Alex Yoong, Ron Hogg, Shahrul Yuzy Ahmad Zaini dan Zulfahmi Khai­ruddin.

Sementara itu, Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya berkata, kesemua pemenang dapat terus melakar kejayaan dalam karier mereka.

“Menerusi anugerah ini kami berpeluanG untuk mengiktiraf hero permotoran negara.

“Dalam bidang permotoran ini ramai pihak memainkan peranan mereka bagi memajukan industri ini termasuk pasukan, wartawan, kelab, pihak koporat dan penyokong,” katanya dalam ucapan pada majlis anugerah tersebut di Hotel Royal Chulan, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain