KUALA LUMPUR, 7 JANUARI 2016 : Interview bersama ketua pegawai
RAZLAN RAZALI

Tahun ini menyaksikan Grand Prix Malaysia yang terakhir sebelum hilang daripada kalendar akan datang susulan kekurangan kehadiran penonton termasuk yuran tinggi dikenakan, dengan kerajaan membelanjakan kira-kira AS$67.6 juta (RM293.45 juta) setiap tahun untuk F1.

Awal bulan lalu bekas supremo F1, Bernie Ecclestone yang disingkirkan daripada kedudukannya selepas pengambilalihan oleh syarikat Liberty Media yang berpangkalan di Amerika Syarikat ketika musim tamat, mengakui dia mengenakan bayaran lebih tinggi daripada sepatutnya ketika ditemuramah.

Kata Razlan, tindakan Ecclestone itu “membuatkan kami nampak seperti bodoh” malah dia tidak memahami mengapa jutawan itu mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan.

Mengakui Liberty mudah untuk dibawa berbincang, Razlan berkata Ketua Pengarah Chase Carey dan Pengurus Eksekutif Sean Bratches perlu menjalinkan hubungan peri­badi yang lebih luas bersama penganjur.

“Saya sentiasa mengharapkan agar sebuah syarikat baharu yang mengambil alih kejohanan seperti F1, perlu bergerak lebih pantas daripada jentera F1 sendiri.

“Mereka terlalu lambat untuk bertindak balas. Untuk pemilik litar yang membayar kepada mereka saban tahun, sekurang-kurangnya mereka boleh memperkenalkan diri mereka, bukan kami pergi kepada­nya dan tanya ‘Adakah anda Chase? adakah anda Sean?’,” kata Razlan.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perlumbaan terakhir F1 GP Malaysia.

Tahun lalu, SIC yang mampu menampung 120,000 penonton hanya menyaksikan kehadiran 45,000 penonton menyaksikan perlumbaan F1 GP Malaysia dengan rating televisyen juga amat rendah. – AFP