Hamilton yang mempamerkan prestasi mengagumkan tahun ini, berjaya menempah petak utama dalam perlumbaan penutup musim di Abu Dhabi menerusi catatan masa terpantas 1 minit 34.794 saat (s), manakala rakan sepasukannya, Valtteri Bottas di tempat kedua (1:34.956s) dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di kedudukan ketiga (1:35125s).

LEWIS HAMILTON
LEWIS HAMILTON 

Pelumba Britain itu merangkul gelaran dunia kelima dan keempat dalam tempoh lima tahun yang menyaksikan Hamilton mendominasi kejuaraan dunia Formula 1 (F1).

Jejaka berusia 33 tahun itu hanya kurang dua gelaran untuk menyamai rekod dipegang legenda F1, Michael Schumacher yang memiliki tujuh kejuaraan dunia.

Namun, setelah mengharungi kehidupan sebagai pelumba hampir keseluruhan hidupnya, Hamilton mendedahkan, kesukaran yang terpaksa dilaluinya pada awal karier telah banyak membantu dia terus berjuang dalam F1.

“Sewaktu kali pertama saya berlumba, kereta yang saya pandu remuk teruk. Bapa saya telah mengecat semula kereta itu, tetapi kami tidak memiliki kuasa enjin yang bagus seperti pemandu yang berada di kelompok hadapan kerana kami tidak mampu menanggung kos yang mahal.

“Saya terpaksa melipat gandakan usaha memastikan kereta saya lebih laju berbanding kemampuan sebenar kenderaan tersebut. Tahun ini, saya terpaksa bekerja keras berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya mampu melakukan lebih baik kerana potensi sebenar yang saya miliki.

“Zon selesa saya ialah sewaktu saya perlu berhempas pulas kerana begitulah cara saya memulakan perlumbaan. Sudah tentu kereta saya sekarang jauh lebih bagus, tetapi saya telah memulakan aksi dengan jentera yang tidak hebat. Saya bersyukur di atas pengalaman itu.

“Jika saya memulakan karier dengan kereta yang sempurna, saya mungkin tidak mempunyai keupayaan mempamerkan persembahan seperti hari ini,” kata Hamilton. – AGENSI