HRT belum memberi pengesahan mengenai berita itu tetapi difahamkan akan membuat pengumuman mengenai, Jumaat ini.

Karthikeyan merupakan pemandu India kedua yang membawa jentera HRT selepas Karun Chandok, musim lalu.

Berusia 33 tahun, Karthikeyan adalah pemandu India pertama menyertai F1 selepas menghabiskan satu musim bersama Jordan pada 2005.

Dia pernah menjadi pemandu ujian pasukan Williams pada tahun 2006-07. - AP