Verstappen mendakwa hampir memenangi perlumbaan itu tetapi kemalangan pada pusingan ke-44 membolehkan Hamilton muncul juara, dan dia pula terpaksa berpuas hati di tangga kedua.

Berang dengan apa yang berlaku, pemandu Belanda berusia 21 tahun itu bertindak menolak Ocon ketika kedua-dua mereka berselisih selepas perlumbaan sambil mengugut mahu menumbuknya.

“Dia mahu menumbuk saya, Dia tolak saya dan cuba bertindak ganas. Ini langsung tidak profesional,” kata Ocon yang turut mendakwa, dia sememang­nya mempunyai sejarah permusuhan dengan Verstappen.

Begitupun bagi Verstappen, dia mempunyai alasan kukuh bertindak demikian gara-gara perlanggaran yang berpunca daripada perbuatan bodoh pelumba Perancis tersebut.

“Dia boleh memotong saya ketika keluar dari laluan pit tetapi caranya tidak betul dan steward turut mengenakan penalti kepadanya.

“Saya mendahului dua pu­singan di depannya, dan dia (Ocon) dia tidak perlu mencabar atau mengacau saya dengan meluru keluar.

“Apa pun saya tetap gembira di tempat kedua tetapi kami sepatut menjuarai GP Brazil ini,” tegas Verstappen yang terkilan dengan keputusan perlumbaan itu.

Kedua-kedua pelumba dipanggil oleh steward sejurus tamat perlumbaan, dan Verstappen diarahkan menjalani khidmat masyarat selama dua hari kerana melakukan sentuhan fizikal terhadap Ocon. – AFP