Pemandu Britain itu berdepan pelbagai masalah dalam musim lalu, termasuk kegagalan enjin ketika mendahului Grand Prix Malaysia dan kehilangan gelaran kejuaraan kepada Rosberg de­ngan perbezaan lima mata.

Tahun ini, dia sudah mencatat lapan kemenangan dan menamatkan semua 16 perlumbaan.

Dia mengukuhkan cengkaman pendahulu ke atas seteru terdekat, Sebastian Vettel dari Ferrari yang terlibat de­ngan kemalangan di Si­ngapura dan berdepan masalah enjin di Malaysia serta Jepun dengan ke­lebihan 59 mata.

“Anda terpaksa akui Lewis berada di depan dengan perbezaan mata yang besar.

“Saya tahu kedudukan itu boleh berubah tetapi realitinya, dia sangat kuat musim ini.

“Dia kurang bernasib baik tahun lalu dengan pelbagai masalah melanda dan tahun ini segalanya berubah,” katanya.

Saingan kini berbaki empat perlumbaan dengan 100 mata lagi menjadi rebutan. – AGENSI