Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hamilton sambar petak pertama GP Sepanyol

LEWIS HAMILTON mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand
LEWIS HAMILTON mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Sepanyol di Litar de Catalunya, Montmelo sebentar tadi untuk menyambar petak pertama. AFP

BARCELONA 13 Mei - Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton mengetepikan pencabar utama dari Ferrari, Sebastian Vettel apabila menyambar petak pertama pada Grand Prix Formula Satu (F1) Sepanyol di Litar de Catalunya, di sini, sebentar tadi.

Pelumba Britain itu mencatat masa terpantas satu minit, 19.149 saat meninggalkan Vettel dengan 1:19.200s.

Rakan sepasukan Hamilton yang memenangi perlumbaan pertamanya di Rusia, dua minggu lalu, Valtteri Bottas dari Finland mengekori di tangga ketiga dengan kepantasan 1:19.373s, manakala rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen juga dari Finland di tempat keempat (1:19.439s). - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain