Hamilton berkata demikian selepas berjaya meraih petak pertama dalam Grand Prix Formula Satu (F1) terakhir di Malaysia dengan catatan masa terpantas 1 minit 30.076 saat.

“Lihatlah bertapa ramai penonton, inilah kehadiran terbaik pernah saya saksikan di Litar Antarabangsa Sepang. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sejak semalam.

“Sebastian (vettel) memang cukup laju tetapi kami juga telah melakukan sesuatu dan pasukan telah melaksanakan tugas mereka dengan begitu baik sekali,” katanya sejurus tamat sesi kelayakan, hari ini.

Dalam pada itu, pencabar terdekatnya dari Ferrari, Kimi Raikkonen berjaya menduduki petak kedua dengan catatan masa 1:30.121s, manakala pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen ketiga terpantas (1:30.541s).

Bagaimanapun, nasib malang menimpa Vettel apabila bakal memulakan permulaan esok di petak terakhir selepas mengalami masalah turbo ketika sesi ujian masa terakhir.- UTUSAN ONLINE