Verstappen yang memandu untuk pasukan Red Bull dirakam oleh kamera televisyen menolak Ocon dari pasukan Force India beberapa kali di bilik timbang badan sebaik perlumbaan tamat sambil mengancam mahu menumbuknya.

Terdahulu kedua-dua pelumba berlanggar sesama sendiri pada pusingan ke-44 dalam saingan di Litar Interlagos itu menyebabkan Verstappen naik angin kerana insiden tersebut menjadi punca dia terpaksa menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Hamilton yang memandu Mercedes. - AFP