Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hamilton mahu pertarungan adil

F1
F1

SAKHIR, Bahrain 13 April – Selepas tidak bersaing secara adil dalam perlumbaan tahun lalu, Lewis Hamilton mahukan pertarungan sebenar dengan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel apabila kedua-dua bekas juara dunia itu beraksi pada Grand Prix Formula Satu (F1) Bahrain, hujung minggu ini.

Vettel, 30, yang berkongsi kedudukan pendahulu dunia bersama Ha­milton selepas dua perlumbaan gagal memulakan Grand Prix 2016 di Sakhir ekoran kegagalan enjin.

Pemandu Jerman itu yang mencatat masa ketiga terpantas di belakang Hamilton dan rakan sepasukannya dari pasukan Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg pada kelayakan tahun lalu bagaimanapun menunjukkan kepantasan lebih baik pada awal musim ini.

“Ia (perebutan gelaran) akan berlangsung untuk tempoh yang lama, bermula dari sekarang hingga penghujung musim. Jadi, saya harap masalah mekanikal tidak akan mengganggu kempen kami.

“Saya benar-benar berharap kami dapat bertarung secara sihat. Kami mahu menguji kekuatan mental, ketahanan kecergasan serta kehebatan jentera masing-masing,” kata Hamilton.

Juara dunia tiga kali dari Bri­tain itu memenangi perlumbaan di China minggu lalu, namun Vettel, juara dunia 2013, 2012, 2011 serta 2010 menjuarai saingan di Melbourne pada 26 Mac.

“Ferrari kini berada pada tahap terbaiknya selepas beberapa tahun, namun kami pula memiliki prestasi terbaik secara berpasukan,” katanya lagi. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain