Pemandu Mercedes dari Britain itu yang memulakan perlumbaan dari petak pertama mengukuhkan kedudukan pendahulu dunia kepada 24 mata mengatasi pencabar utama, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari.

Vettel menamatkan saingan di tangga kedua selepas terlepas daripada berlanggar dengan rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen melengkapkan podium dengan menduduki tangga ketiga. - REUTERS