Kejayaan ke-55 dalam karier pelumba Mercedes itu berlangsung dalam keadaan tegang apabila pelumba pasukan Ferrari, Vettel berjaya merampas kedudukan pendahulu di awal perlumbaan dan perebutan kejuaraan berlangsung hingga ke akhir perlumbaan.

Pelumba Britain itu berjaya melintasi garisan penamat dengan kelebihan 3.4 saat mengatasi Vettel di kedudukan kedua.

Perlumbaan di Circuit de Barcelona-Catalunya seolah-olah melibatkan kedua-dua juara dunia itu sahaja manakala pelumba-pelumba lain ketinggalan jauh termasuk Daniel Ricciardo yang menamatkan perlumbaan 75.8s di belakang Hamilton.

Valtteri Bottas dan Kimi Raikkonen pula gagal menamatkan perlumbaan selepas berdepan masalah enjin dan kemalangan pada awal perlumbaan. – REUTERS