Lebih manis, pelumba Britain yang memandu jentera Mercedes itu menewaskan pencabar terdekatnya dari Ferrari, Sebastian Vettel yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan ditinggalkan lebih 10 saat di belakang.

Ini merupakan kemenangan kesembilan Hamilton, 32, musim ini, yang kelima di litar ini dan yang ke-62 dalam kariernya sebagai pemandu F1 sekaligus membolehkan memiliki kelebihan 66 mata berbanding pencabarnya dari Jerman dengan berbaki tiga perlumbaan sahaja lagi.

Hamilton hanya perlu berada dalam kedudukan lima tempat teratas pada GP Mexico hujung minggu ini untuk mengesahkan status sebagai juara dunia buat kali keempat. - AFP