Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hamilton bersara tahun ini?

Lewis Hamilton
Lewis Hamilton

LONDON 18 Julai – Lewis Hamilton mengakui dia tidak tahu apa yang akan berada dalam fikirannya sebaik sahaja musim ini berakhir malah memberi bayangan mungkin bersara daripada Formula Satu (F1).

Pemandu Mercedes itu menggembirakan penyokongnya apabila menjuarai perlumbaan di tempat sendiri iaitu Grand Prix Britain di Litar Silverstone, minggu lalu untuk merapatkan jurang mata kepada satu di belakang pendahulu kejuaraan dunia, Sebastian Vettel dari Ferrari.

Walaupun mendakwa, pemanduannya kini dalam prestasi terbaik, namun juara dunia tiga kali berusia 32 tahun itu menegaskan, sukar baginya untuk bercakap mengenai apa yang akan berlaku dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Pada November lalu, bekas rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg dari Jerman membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan sejurus selepas merangkul kejuaraan dunia pertamanya.

Ketika ditanya apakah dia akan mengikut jejak Rosberg, Hamilton membalas: “Saya tidak boleh beritahu apa akan berlaku enam bulan dari sekarang.

“Saya tahu, saya suka berlumba, namun saya tidak tahu apa yang akan berlaku”.

Hamilton mengakui, keyakinannya kian meningkat apabila berjaya mencapai setiap sasaran yang diletakkan, malah memandu memberi kegembiraan buat dirinya.

“Saya suka memandu dan anda mungkin kata ia (bersara) tidak akan berlaku sekarang tetapi anda tidak boleh beritahu apa yang akan berada dalam fikiran saya pada sambutan Krismas (Disember) nanti.

“Saya sentiasa mahukan sesuatu yang lebih baik, sekali pun selepas berhenti saya tetap inginkan kejayaan.

“Namun buat masa sekarang, saya hanya mahu fokus kepada misi memburu kejuaraan dunia kali keempat,” katanya lagi. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain