Juara dunia Formula Satu lima kali yang berusia 34 tahun itu kini memiliki dua kediaman di Manhattan selepas membeli sebuah rumah yang hampir sama dengan harga 34 juta pound (RM178.69 juta), dua tahun lalu.

Kondominuim baharu Hamilton itu merupakan projek pembangunan bersama legenda NFL, Tom Brady dan isterinya, Gisele Bundchen.

Rumah seluas 6,547 kaki persegi itu memiliki kawasan laman yang luas dengan pemandangan Sungai Hudson selain dilengkapi kolam renang, pusat kecergasan, gelanggang skuasy dan perpustakaan.

Kediaman baharu Hamilton itu berhampiran dengan rumah Jennifer Lawrence dan Mike Myers.

Kejuaraan kelimanya itu menyaksikan di kini menyertai kelab kejuaraan elit bersama Michael Schumacher dan Juan Manuel Fangio. - AGENSI