Pelumba pasukan Mercedes itu mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan iaitu satu minit 20.486 saat (s) manakala petak kedua di barisan hadapan menjadi milik rakan sepasukannya Valtteri Bottas yang mencatat 1:20.598s.

Kata Hamilton, sesi kelayakan berlangsung sengit kerana semua pelumba dilihat lebih laju berbanding sesi latihan yang dipamerkan sebelum ini.

“Saya menggigil ketika sesi hari ini kerana amat hampir dengan pelumba lain.

“Memulakan aksi selepas sesi latihan membuatkan kami tidak dapat mengetahui siapa yang lebih pantas namun pujian harus diberikan kepada pasukan yang telah bekerja keras sepanjang minggu ini.

“Bukan itu sahaja, Valtteri (Bottas) juga telah memainkan peranannya dengan baik hari ini malah amat laju di litar,” kata Hamilton. - AGENSI