Jumlah kerugian itu ditampung dengan subsidi oleh pembayar cukai di Victoria, negeri penganjur perlumbaan Formula Satu (F1) Melbourne, adalah 18 peratus melebihi kerugian A$50.7 juta (RM148.66 juta) yang dicatatkan pada tahun lalu.

Hasil jualan menurun sebanyak A$2 juta dolar (RM5.86 juta) manakala perbelanjaan meningkat kepada A$7.5 juta dolar (RM21.99 juta), kata Menteri Aktiviti Utama Victoria, Louise Asher.

Melbourne yang secara tradisinya adalah pembuka tirai perlumbaan F1 telah mencatatkan kerugian melebihi A$50 juta dolar (RM146.61 juta) sejak beberapa tahun sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan yang menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam.

Kontroversi semakin teruk apabila pihak kerajaan menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama pihak F1 untuk meneruskan perlumbaan di Melbourne hingga 2020.

Ahli politik tempatan dari semua parti utama sudah lama membuat justifikasi terhadap kos penganjuran yang didakwa memberi impak kepada ekonomi serta kesan jenama terhadap perlumbaan di negeri itu.

"Perlumbaan F1 Grand Prix Australia sahaja berjaya mewujudkan antara 351 hingga 411 peluang pekerjaan tetap dan menjana sebanyak A$39 juta dolar (RM114.35 juta) untuk perkembangan ekonomi selain menjana A$35 juta dolar (RM102.63 juta) dalam bidang pengiklanan," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Asher.

Bagaimanapun terdapat beberapa pihak mempersoalkan sejauh mana kebenaran maklumat yang dikeluarkan itu.

Ketua kerajaan Victoria, Denis Napthine berkata, perjanjian baharu 2015-20 itu akan membantu mengurangkan kos tahunan dalam kalangan pembayar cukai. - REUTERS