Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

GP Bahrain: Bottas raih petak depan pertama dalam karier

vALTTERI BOTTAS (tengah) diapit Sebastian Vettel (kiri) dan Lewis
VALTTERI BOTTAS (tengah) diapit Sebastian Vettel (kiri) dan Lewis Hamilton ketika berada di atas podium selepas meraih petak pertama perlumbaan F1 selepas berakhir sesi kelayakan GP Bahrain di Manama, Bahrain, kelmarin. REUTERS

MANAMA 16 April - Pelumba baharu Mercedes, Valtteri Bottas mencipta sejarah dalam kariernya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) apabila meraih petak depan pertama­nya selepas berakhir sesi kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain semalam.

Bintang muda dari Finland yang mula menyertai Mercedes awal musim ini menggantikan Nico Rosberg yang bersara, mempamerkan bakat besar yang dimilikinya untuk mengetepikan sa­ingan rakan sepasukan yang lebih senior, Lewis Hamilton dengan mencatat masa kedua terpantas.

Bottas hanya lebih pantas 0.023 saat sekali gus menamatkan penguasaan Hamilton yang sedang mengintai untuk meraih petak depan buat tahun ketujuh berturut-turut di Litar Sakhir di sini.

Selepas dikecewakan dengan persembahan buruk di GP China apabila jenteranya berpusing, Bottas sedikit sebanyak membuktikan keputusan Mercedes memilihnya adalah tepat walaupun masih terlalu awal untuk menilai kemampuannya musim ini.

Kejayaan meraih petak depan pertamanya itu hanya hadir selepas melalui 80 perlumbaan dalam tempoh lima musim lalu sekaligus meletakkan dirinya kini sebaris dengan jaguh hebat dari Finland seperti Keke Rosberg, Mika Hakkinen dan Kimi Raikkonen.

Sementara itu, juara GP Australia, Sebastian Vettel dari pasukan Ferrari sekadar mencatat masa ketiga terpantas diikuti pelumba Red Bull, Daniel Ricciardio dan rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen. – Reuters

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain