Jentera baharu mereka akan dikenali sebagai Racing Point manakala nama pasukan adalah Racign Point UK Limited.

Force India mula dikenali sejak 2008 selepas ahli perniagaan minuman keras, Vijay Mallya membeli Spyker F1 telah diambil oleh hartawan Kanada, Lawrence Stroll yang mengambil alih pasukan itu pada Ogos lalu.

Begitu pun, nama Racing Point Force India digunakan pada separuh aksi musim ini bagi membezakan pasukan Sahara Force India yang merupakan milikan bersama Mallya dan Kumpulan Sahara India.

Pelumba Mexico, Sergio Perez dan anak Stroll, Lance merupakan pelumba jentera pasukan tersebut pada musim depan.

Dalam pada itu, Ferrari telah menukar nama kepada Scideria Ferrari Mission Winnow manakala Haas bertukar kepada Rich Energy Hass F1 selepas mempunyai kaitan dengan penajaan. - REUTERS