Ferrari meletakkan sasaran untuk memulakan kempen Formula satu (F1) dengan cemerlang pada perlumbaan pertama 2012 pada Grand Prix Australia.

Juara dunia dua kali itu berkata, prestasi sebenar pasukan hanya akan diketahui apabila jentera mereka berada di Litar Albert Park pada sesi kelayakan, esok.

"Kami mahu menjadi juara dunia, itu adalah sasaran utama kami. Di Melbourne kami perlu memulakan perlumbaan dengan cemerlang.

"Kami akan cuba memberi saingan pada Sabtu ini. Perlumbaan nanti adalah kebenarannya. Pada sesi ujian, kami agak gopoh dan kini kami tidak lagi gopoh untuk memburu kejuaraan.

"Pada 2010 ketika ujian akhir di Barcelona kami memperoleh tempat kelima namun ketika di Bahrain kami berupaya memberikan saingan untuk tempat 1 dan 2. Perlumbaan sebenar adalah berbeza.

"Saya yakin terhadap jentera saya dan ketika ujian musim sejuk lalu, banyak perkara yang perlu difahami tentang jentera ini," kata Alonso.

Alonso memenangi perlumbaan Grand Prix Australia ketika memburu gelaran keduanya pada 2006 dan menamatkan perlumbaan pada tempat keempat tahun lalu. - Reuters